ayat2 istimewa darimu ^-^



.إذا وجدت من تحبه فقد امتلكت بعضا من الدنيا .. و إذا وجدت من يحبك فقد إمتلكت نصف الدنيا .. و إذا وجدت من تحبه و يحبك فقد إمتلكت الدنيا و ما عليها





apabila engkau menemukan org yg kau cintai, maka engkau telah memiliki bagian dari sebuah Dunia..

apabila engkau menemukan org yg mencintaimu, maka engkau telah memiliki separuh dari isi Dunia..
dan apabila engkau menemukan org yg kau cintai dan mencintaimu, maka sungguh engkau telah memiliki Dunia beserta isinya..

Munajat Istikharah Cinta

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaanMu
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu

Dan aku jua memohon kepadaMu
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung,
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buatku…

Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..

Dengan ini, aku bersujud padamu ya Allah
Mengharap dan merintih kepadaMu
Air mata yang mengalir ini
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku
Adalah semuanya Hanya kerana Mu
Moga Kau mengasihani diriku yang mendambakan petunjukMu.“

Buat Mr Right dari Mrs Right



Assalamualaikum , wahai Mr Right .


percayalah ini tulus dari hati Mrs Right . saat aku menulis , percayalah .. aku sudah lama memikirkan tentangnya . tentang KAMU :)

Allah tu Maha Hebat kan ? Aku percaya ada sesuatu disebalik ' mengapa Dia merahsiakan keberadaanmu dan geranganmu daripada aku sendiri' :) kadang2 terdetik di hati . siapalah yg akan menyempurnakan agamaku ..? sebabnya .. aku penah terdengar mengenai hadith Rasullah , bahawa .. siapa yg tidak melakukan sunnah-ku (nikah) , maka dia bukan dari kalanganku ^^

pernikahan itu salah satu dari kesempurnaan agama . Maka , siapa yg bernikah .. agamanya telah sempurna :) insyaAllah dgn izinNya ..

tatkala aku melihat rakan2 ku ada yg sering berdampingan dgn 'bakal suaminya' (barangkali) .. cepat2 aku istighfarkan hati dgn mengingatkan kembali apa yg aku pelajari 2 3 tahun yg dulu .. nak taw apa dia ?

"Kalau kita couple , sume benda kita akan ceritakan kpd si dia . termasuklah kaum kerabat , makanan kgemaran , even posisi almari dan katil pun kita akan cerita . pendek kata , 'ambil berat' la katakan ... tp sejauh mana sesuatu tu akan sentiasa manis ? kalau SEMUAnya sudah si dia taw , jadi .. lepas nikah ... apa je yg tinggal ?? ntah2 akan terdiam sendiri , sbb tak taw nak ambik taw apa lg dan nak tanya apa lg ^^ " betul kan , wahai Bakal Suamiku ..


betul la . setiap orang , terutama kaumku .. punya harapannya sendiri utk bahagia sampai ke syurga . jadi , ingin aku beritahu kamu tentang harapan aku terhadap kamu . takpe kan ? ^^

tolong bimbing aku supaya aku takutkan Tuhanku dan Tuhanmu .
tolong bimbing aku supaya aku benci kpd godaan syaitan .
tolong bimbing aku supaya aku tidak melupakan tanggungjawabku kpdmu terutamanya . sebabnya aku teringin menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti ...
tolong bimbing aku supaya aku tidak lupa kpd ibu bapamu dan juga ibu bapaku . kerana aku taw , kamu yg berhak menentukan segala setelah memiliku .
tolong bawa aku ke syurga nanti bersama2 mu dan Bakal anak2 kita yg soleh dan solehah ..


aku mahu kamu sedar , yg aku tahu tentang perkara ni ..
ibu bapaku yg susah payah membesarkan ku , akan tetap jatuh No 4 setelah aku kamu miliki . Kamu akan menjadi sesuatu yg penting bagiku setelah Allah . dan ibu bapamu akan menjadi lebih penting dari ibu bapaku sendiri . Lihat , indah bukan? aku menggambarkan ianya indah , sebab aku taw , kamu takutkan neraka ... tanggungjawab terhadap ibu bapa akan jatuh di bahumu . tp aku tak kisah , sebab aku taw .. kamu seorang zauj yg bertanggungjawab bukan ? :) insyaAllah ..


terkadang aku terasa ingin bernikah secepat mungkin , sebab hadith ada mengatakan . Jalan mudah untuk seseorang perempuan itu memasuki syurga ... taat pada suami . tp apakan daya , aku belum sempurnakan diriku untuk menjadi yg sempurna buatmu . beri aku sedikit waktu lagi ^^



Kehadiranmu akan menyempurnakan akhiratku .

Alkisah - Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku




“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil MR yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

MR merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati MR untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si MR dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha MR telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya SG. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan MR semasa menuntut di Jepun dahulu.

SG adalah anak orang ternama, anak Tan Sri. Gugup juga MR apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum MR kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati MR berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, MR gagal menemui cinta hatinya. Pencarian MR tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, MR tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. CG namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya MR terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, MR terserempak dengan CG di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa SG yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. SG sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur MR atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, MR sepertinya sudah putus harapan. Bagi MR, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. MR semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, MR menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Hatimu". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, MR terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. MR akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul RG...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, MR...

Wassalam saudaraku MR...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa MR selepas menunaikan solat tahajjudnya.

MR kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...
^_^

MR: mr right
SG: sweet gurl
CG: cute gurl
RG: right gurl

S.A.H.A.B.A.T.



Sahabat..engkau tak pernah sendirian
Sahabat..
Aku tak dapat mengurai kata dengan indah tuk dijadikan buah petuah bagi jiwa-jiwa yang resah..
Hanya ini yang dapat aku berikan, sebuah kumpulan kata bukti cinta sebagai sahabat..

Sahabat..
Dalam kesendirianmu, hendaklah penuhi hati dan pikiranmu dengan tafakur tentang Tuhan dan kehidupan..
Dalam keramaian, sekitarmu hendaklah tak putus dzikirmu pada Sang Pencipta..
Dalam kesenanganmu, hendaklah puji syukur yang hiasi setiap desah nafasmu..
Dalam kesedihanmu, hendaklah sabar Ilallah perkuat sendi di dadamu..
Dalam kelapanganmu ,hendaklah sadarkan diri bahwa
kita tak selamanya di bumi..
Dalam kesempitanmu, hendaklah tawakal melapangkan setiap ruas-ruas hidupmu..

Sahabat..
Dalam perjuanganmu, sesungguhnya Rabb telah mencatat tekad kalbumu..
Dalam lelahmu, sesungguhnya Rabb telah menghitung setiap peluhmu…
Dalam tangismu, sesungguhnya Rabb telah menjumlahkan
setiap tetes air matamu..
Dalam lemahmu, sesungguhnya Rabb telah menancapkan kekuatanNya
dalam sujudmu..
Dalam takutmu, sesungguhnya Rabb telah tumbuhkan
keberanian dalam tegapnya langkahmu..

Sahabat..
Engkau tak pernah sendiri..
Sahabat-sahabat pejuang selalu bersamamu, dimanapun mereka berada..
Kawan-kawan pembela kebenaran selalu menyertaimu dalam panji-Nya..
Teman-teman amanah pun sedang bergerak melawan tirani dalam taat pada Nya..

Karena itu,,
Bergembiralah..
Tersenyumlah pada dunia..
Dan Rabb pun akan tersenyum padamu..
Semoga Allah menjaga ketaatanmu pada-Nya hingga akhir masa..
Dan persaudaraan ini tak terputus hingga ke JannahNya..
Aamiin ....

Wallahua'lam

M.A.A.F.

Bukan tidak pernah terguris,bukan tidak pernah bertelagah,tapi..jika dihati sama-sama masih ada Allah,perdamaian akan mudah menjelma semula,yang bersalah mudah meminta maaf,yang benar mudah memberi maaf,tidak ada dendam memanjang,masam cuma sebentar,pahit hanya sedikit.ada ribut tapi sekadar didalam cawan,ada gelombang tapi cepat2 menjadi tenang..kerana adanya kasih sayang....

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tidak berharga.**

Maaf

Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.

Jangan memilih siapa dia. Perlukah dimaafkan atau tidak. Kita berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, ada hak dalam berukhuwah yang tak tertunai. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.

Cermin diri. Muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabatmu itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. InsyaAllah.

Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?

Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?

Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?

Mengalah Bukan Bererti Kalah

Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.

What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air.

Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu

Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!

Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!

Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

Maaf Itu Membahagiakan

Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.

Sabda baginda Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.

Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu.

Abu Burdah r.a berkata: Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam

Bahagia




Bismillahirahmanirahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang)

8 HAL YANG AKAN HILANG & TAK BERGUNA

✿ILMU yang tak diamalkan.♥♥
✿PERBUATAN yang tak ikhlas.♥♥
✿HARTA yang tak dinafkahkan.♥♥
✿HATI yang tak diisi dengan cinta pada Allah.♥♥
✿BADAN yang tak mampu taat pada Allah.♥♥
✿CINTA yang tak diikat dengan keredhaan Allah.♥♥
✿WAKTU yang tak diguna untuk mendekatkan diri pada Allah.♥♥
✿FIKIRAN yang diguna untuk hal yang tak berguna.♥♥

Bahagia itu letaknya pada
Hati ♥ yang tenang....
Hati ♥ yang meredhai...
Hati ♥ yang mensyukuri...
Hati ♥ yang memaafkan...
Hati ♥ yang dipenuhi kasih sayang.
Hati ♥ yang tunduk pada ILAHI.

Itulah bahagia yang sebenar kekal abadi selamanya. ♥

Ya, Ana sudah bertunang...(dengan siapa?)



Bismillahirrahmanirrahim...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

:: sudah baca sampai habis... ^_^ ::

Dari Lubuk Hati aNa




Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Begitulah ana menilai diri sebagai manusia dhoif..
Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan sesuatu dari Penciptanya. .
Meskipun kadang diri berasa sangat malu kepada Allah..
DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah..
Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya..
Sedangkan Dia begitu mengasihi hamba-hambaNya. .
Pintu taubat dan rahmat sentiasa terbuka buat hamba itu..
Walaupun segunung dosa telah dikumpul..
Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan..
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan..
Namun Dia tetap yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. .
HambaNya berbuat dosa dan mengundang kemungkaranNya. .
Berasa gembira walau dikelilingi maksiat dan kehinaan..
Tidak takut dan gentar pabila malaikat mencatat segala perbuatan..
Dan pengakhirannya yang pasti dahsyat tanpa nasuha..
Tidakkah ana,anti dan antum telah melafazkan 2 kalimah syahadah?
Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa..
Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya..
Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?
Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya. .
Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya..
Mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya..
Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya..
Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya..
Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?
Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya. .
Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya. .
Namun apakah diri ini beramal dengannya?
Surah demi surah telah tercatat kisah teladan..
Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam..
Dari satu kurun beralih zaman..
Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan. .
Adakah diri ini mengambil iktibar daripadanya?
Lihatlah bagaimana lemahnya diri ini..
Lihatlah bagaimana hinanya diri ini..
Begitulah dunia ini melalaikan manusia kepada Tuhannya..
Keindahan dan kemewahan yang mengaburkan pandangan..
Kesibukan dan kekuasaan yang mencuri perhatian..
Sehingga merungkaikan ikatan seorang hamba kepada Zat yang memberi nyawa..
Melupakan segala hak dan kewajibannya. .
Memberi berita gembira kepada yang melalaikan..
Apakah tidak ada sekelumit sesal?
Apakah tidak ada sesaat sedar?
Tatkala hanyut dibuai kesenangan dan kebebasan..
Tanyalah pada dirimu..
Bagaimana akhlak dan pergaulan manusia hari ini?
Bagaimana imej dan fesyen manusia hari ini?
Bagaimana ibadah dan amalan manusia hari ini?
Juga perhatikanlah dengan mata hatimu..
Bagaimana Islam hari ini?
Bagaimana perlakuan umatnya hari ini?
Bagaimana kealpaan muslim hari ini?
Dan ana yakin dan pasti..
Kita ada jawapan beserta saksi..
Bangunlah wahai yang bergelar muslim..
Tegakkan kembali agamamu yang semakin runtuh..
Timbulkan kembali agamamu yang semakin tenggelam..
InsyaAllah Allah beserta hambaNya yang berjuang dan berkorban demi agamaNya..

wallahua'lam

Ucapkan I Love U dalam pelbagai bahasa!



Albanian – Te dua!

Arabic – Ohiboke (m to f) Nohiboka (f to m)

Bengali – Ami tomake bahlobashi!

Bosnian – Volim te!

Croatian – Volim te!

Czech – Miluji te!

Danish – Jeg elsker dig!

Dutch- Ik hou van je!

Filipino – Iniibig kita!

Finnish – (Mä) rakastan sua!

French – Je t’aime!

German – Ich liebe dich!

Greek – S’ayapo!

Hawaiian – Aloha wau ia ‘oe!

Hebrew – Anee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m)

Hindi – Mai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati hun (f to m)

Hungarian – Szeretlek!

Icelandic – Eg elska thig!

Italian – Italian

Japanese – Kimi o ai shiteru!

Korean – Dangsinul saranghee yo!

Malaysian – Saya cintamu!

Norwegian – Jeg elsker deg!

Polish – Kocham ciebie!

Portuguese – Eu te amo!

Romanian – Te iubesc!

Russian – Ya tyebya lyublyu!

Spanish – Te amo!

Swedish – Jag älskar dig!

Turkish – Seni seviyorum!

Ukrainian – Ya tebe kokhayu!

Vietnamese – Anh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)

Yiddish – Kh’hob dikh lib!

Zulu – Ngiyakuthanda!

♥ handsome car ♥




saya nak beritahu awak...

saya nak beritahu awk , saya ada pesanan untuk awak tentang nya..

saya nak beritahu awk, cinta agung adalah cintaNya..

saya nak beritahu awk, cinta manusia bakal membuat awk alpa..

saya nak beritahu awk, jangan menyintai saya lebih dari awak menyintai Yang Maha Esa..

saya nak beritahu awk,jangan mengingati saya lebih dari awak mengingati Yang Maha Kuasa..

saya nak beritahu awk, jangan mendoakan saya lebih dari awak mendoakan ibu bapa awak..

saya nak beritahu awk, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

saya nak beritahu awk, dahulukan ibu bapa kerana di telapak itu syurganya..

saya nak beritahu awk. saya terpikat kerana iman awak bukan rupa..

saya nak beritahu awk. saya lebih cintakan zuhud awak bukan harta..

saya nak beritahu awk. saya kasihi awak kerana santun awak..

saya kena tegur awak dinda, bila awak mula mengagungkan cinta manusia..

saya kena tegur awak dinda, bila awak tenggelam dalam angan-angan awak..

saya kena tegur awak dinda, andai nafsu mengawal fikiran awak..

saya nak beritahu awk. saya milik Yang Maha Esa..

saya nak beritahu awk. saya kena dahulukan keluarga..

saya nak ingatkan awak bahawasanya, tanggungjawab awak besar kepada keluarga awak..

saya nak ingatkan awak bahawasanya, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

sabar ye sayang, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

sabar ye sayang, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindu kepada saya..

saya nak beritahu awak. saya tidak mahu menjadi fitnah besar kepada awak..

saya nak beritahu awak..saya tak mahu menjadi punca kegagalan awak..

saya nak beritahu awak. saya membiarkan Yang Esa menjaga diri awak..

saya nak beritahu awak.. saya tidak mahu melekakan awak..

saya nak beritahu awak.. saya mahu awak berjaya dalam impian dan cita-cita awak..

saya minta awak, jadilah penyokong dalam kejayaan saya..

saya minta awak,. saya mendambakan cinta suci yang terjaga..

saya nak beritahu awak,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

saya nak beritahu awak, hubungan ini terjaga selagi kita menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

note ni untuk awak...semoga kita berkekalan yer awak...saya bukan demand or tunjuk alim cuma nak berpesan-pesan jer awk..tolong ingatkan saya juga yer...

"Apabila kau ingin berteman,

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya……

Andai kau inginkan sahabat yang satu,

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya….

Andai kau inginkan seorang teman,

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya…..

Andai kau ingin bersahabat,

Terimalah dia seadanya,

Kerana dia seorang sahabat,

Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,

Kerana kau juga tidak sempurna,

Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah...

::mesti awak rasa pelikkan? tapi saya tak kisah. sebab saya tau ada tersiratnya ^_^
. saya nak cari pemilik kereta tu ... zZz~!

BILA HADIR RASA CINTA, JADIKAN IA CINTA YANG MEMBAWA KITA KE SYURGA



Jatuh ….yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan karunia ILLAHI.Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA……..ada orang masuk surga karena CINTA dan tak sedikit orang yang di hujam ke neraka gara-gara CINTA.CINTA yang bagaimana yang bisa membawa seseorang ke surga?

CINTA yang dialirkan oleh ALLAH kedalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia ada karena ALLAH dan CINTA diberipun untuk dapat keridhoan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA lahir hasil dari samaCINTA pada ALLAH.

CINTA ynag sesungguhnya ini bisa berlaku pada lelaki dan lelaki,perempuan dengan perempuan,lelaki dengan perempuan,antara murid dengan guru,suami dengan istri,sahabat dengan sahabat,rakyat dengan pemimoin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan TUHANNYA.

CINTA KARENA ALLAH

Kalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkawinan , mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertebntangan dengan kemauan ALLAH.

CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu birahi.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,senangkalau yang dicintai itu senang.Sanggup susah dan korbankan diriuntuk senangkan orang yang dicintai.

CINTA yang begini diceritakan dalam hadist, yaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya karena ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan ‘ARSY ALLAHdipadang mahsyar nanti,hari dimnan masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau bertlaku antara suami istri , maka istri akan meletakkan seluruh ketaatan pada suami,hormat dan melayani suami tanpa jemu.Baik ketika suami tunjukkan sayang atau ketika suami marah-marah.Baik ketika suami kaya atau miskin ,atau suami kawin lagi , CINTA istri pada suami tidaka akan terbagi.

Karena CINTANYA pada suami datang dari ALLAH hasil ketaqwaan istri.Biarpun datangtopan badai,melanda rumah tangga,istri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami , CINTA pada istri tidak pandang itu istri tua atau muda.Terpatri pada hatinya.Selagi istri taat pada ALLAH,istri tetap dikasihinya.Kalau dia ada empat istri,tentulah istri-istri akan bertanya -tanya , istri yang manakah yang paling dicintai oleh suami?Kalau CINTA itu bersumber dari ALLAH , tentu istri yang paling bertaqwalah yang paling dicintai oleh suami lebih dari istri-istri yang lain.

CINTA ALLAH YANG UTAMA

Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAHyang paling tinggi dan utama.Bila berlaku perseteruan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH dimenangkan.

Misalkan seorang istri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suami melarang istri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal tutup aurat itu ALLAH wajibkan.Maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorong nya untuk tetap malaksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun harus kehilangan suami.

Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan CINTAnya pada ALLAH.Sebaliknya kalau dia turut kemauan suami artinya kata CINTA pada ALLAH hanya pura-pura,CINTAnya bukan lagi bersumber kan ALLAH tapi datang dari nafsu.

CINTA yang datang dari ALLAH menyebabakan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi yang besar.Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA ynag lain jadi kecil dan rendah baginya.

Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya ,yang seorang menteri.

Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak.Akibat dari peristiwa itu ,Nabi Yusuf masuk penjara.Tinggalah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.

Penderitaan CINTA yang ditanggungb oleh Zulaikha menyebabakandia berubah dari seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi.Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf,hartanya habis dibagi-bagikan karena Yusuf.Sehingga datanglah belas kasihan dari ALLAH terhadapnya.Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesehatan dan kecantikannya.

Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH,datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak di habiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan dzikir.

Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila kenal dan CINTA pada ALLAH.CINTA ALLAH adalah CINTA taraf tinggi.Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.

CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH.Karena CINTA lahir ada penyebanya.Kalau wanita CINTA pada lelaki karena kayanya,baiknya , tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita jarena cantik,baik ,lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH karena segala kenikmatan itu datangnya dari ALLAH.

Ibu bapak ,suami istri, sahabat, handai taulan dan siapa yang mengasihi dan mencintai kita , hakekatnya semuanya datang dari ALLAH.Kebaikan ,kemewhan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan belas kasih dari ALLAH pada kita.Sehingga ALLAH izinkan makhluk-NYA yang lain CINTA pada kita.

ALLAH yang menciptakan kita makhluk-NYA , kemudian diberinya kita berbagai nikmat seperti sehat,gembira dan lain-lain.Baik kita ingat pada-NYA ataupun waktu kita lalai , tetap diberi-NYA nikmat-nikmat itu.Begitulah , kebaikan ALLAH pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang berarti:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung.”

Besar sungguh jasa ALLAH dari menciptakan menghidupkan dan memberi rezeki, suami , istri, rumah dan macam-macamlagi yang dengannya kita melalui kehidupan dengan aman bahagia.

Alangkah biadabnya kita kalu segal pemberian ALLAH itu kita ambil , tapi lupa untuk bersyukur pada yamag Memberi.ALLAH bisa saja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kehendak-NYA.

Oelh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. malah karena malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh.

Setiap saat menanggung rindu.lalu waktunya di habiskan untuk berbisik- bisik dengan kekasihnya.Bila CINTA ALLAH sudah penuh dalanm hatinya , maka tidak ada tempat lagi untuk CINTA selain dari itu.

Ada orang mengatakan :”JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NISCAYA CINTAMU NISCAYA DIA AKAN MEROBEK -ROBEKNYA.TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN PADA ALLAH NISCAYA AKAN DISATUKANNYA .ARTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHERAT.”

Jadi seorang yang bijak dan beradap akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah peletakan CINTA yang yang betul dan menguntungkan didunia dan di akherat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR……….
INGATLAH IA ADALAH KARUNIA ALLAH………….
HIDUP INI MENJADI INDAH KARENA CINTA…………
CINTA YANG SUCI……………
BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.
SEKALI RASA CINTA ITU HADIR …………………
SAMBUTLAH DENGAN BENAR…………
JAGA……………….PELIHARA…………………
DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KE SURGA………………

>peace<
^_^

Doa seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

:: Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah..jika aku bukan PEMILIK tulang rusuknya
jangan biarkan aku MERINDUKAN kehadirannya
jangan biarkan aku melabuhkan HATIKU dihatinya
kikislah PESONANYA dari pelupuk MATAKU
Dan JAUHKANLAH dia dari relung hatiku... ::

L.O.V.E

l.o.v.e.
a simple expression, but it is difficult to say with words ...
although it sometimes makes a range of statues that follow all the orders but love the couple looked splendid as the flowers of love are being hit...
love can make a person fall or rise
if love is embroidered with a sense of sincerity and accountability of religion Islam it will create a relationship that is eternal ... God willing...
Do not play the hearts of others with false love even he gave a false love to you...
::so please love a person because of Allah ♥

Taubat vs Maksiat

Assalamualaikum. Jika dibenarkan saya mahu bertanya tentang dosa ber'couple'. Kawan saya ramai yang terjebak dengan budaya ini.

Apakah memeluk dan melakukan 'ringan- ringan' tetapi tidak pernah meninggalkan solat itu salah?

Dia bertaubat tetapi tetap melakukan maksiat?

Saya keliru.

Saya diajukan soalan di atas. Alhamdulillah, penyoal seorang yang mengambil berat kepada rakannya. Dia berfikir, mengapa bertaubat tetapi tetap melakukan maksiat?

Saya terpanggil untuk menjawab permasalahan ini. Berhenti daripada perbuatan dosa bukan semudah mencuci debu di jendela. Lebih-lebih lagi dosa yang sudah sebati dalam kehidupan kita. Dosa yang apabila dibuat, langsung tidak rasa gentar kepada Allah S.W.T. Dosa yang direlakan atas bisikan Syaitan yang mengatakan tidak mengapa, Allah Maha Pengampun.

Itu dosa yang sebati dengan kehidupan. Belum lagi dosa yang kita tidak sedar, dosa yang tidak ternampak dari pandangan mata. Alangkah banyaknya dosa kita. Astaghfirullah.

Hidup = Gelas Kosong

Cuba anda perhatikan gelas. Gelas yang kosong. Bayangkan itu waktu hidup seharian kita. Kita mempunyai 24 jam. Dalam tempoh 24 jam, hal kebaikan dan hal keburukan akan berperang untuk mengisi gelas yang kosong tadi.

Jika air jernih kebaikan yang terisi dalam gelas tersebut, alangkah cantiknya. Jika sebaliknya, air hitam pekat busuk yang mengisi gelas tersebut, alangkah jijiknya.

Justeru, kita perlu isi kehidupan kita sebanyak-banyaknya dengan kebaikan. Sentiasa melakukan amal soleh. Isi kehidupan dengan membuat kebaikan sebanyak-banyaknya.

Apabila menyebarkan kebaikan, kita akan rasa lega. Kita akan rasa tenang.

Kita juga rasa bahagia kerana membahagiakan orang. Pernahkah anda merasakan sedemikian? Jika belum, cuba anda memberikan pertolongan kepada orang lain, anda akan rasa gembira dan puas. Insya-Allah.

Bertaubat dan berdoa hanya salah satu dari banyak usaha.

Ada orang menyangka, untuk berhenti daripada melakukan dosa, hanya sekadar berdoa dan solat taubat.

Tidak! Sekali-kali tidak!

Usah menoktahkan usaha setakat berdoa dan solat taubat. Anda perlu melakukan lebih daripada itu.

Kerana apa?

Kerana Syaitan tidak pernah sesaat pun berhenti daripada menyesatkan manusia. Dan ketahuilah, Syaitan itu musuh kamu yang nyata!

Meskipun Syaitan mengalir dalam pembuluh darah manusia, ingatlah, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Allah sentiasa ada. Dia ada untuk melindungi hamba-hamba-Nya daripada godaan syaitan.

Hamba manakah yang akan bebas daripada godaan Syaitan?

Hanyalah hamba-hamba Allah yang ikhlas.

Maka, sama-sama melatih diri untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu. Semua yang kita lakukan harus bermatlamatkan Allah.

Redha-Nya. Rahmat-Nya.

Akhirnya, selain doa dan solat taubat, isilah dan sibukkanlah kehidupan anda dengan sebanyak-banyaknya amalan kebaikan. Jauhkan diri anda daripada pintu-pintu dan amalan-amalan kejahatan.

Contoh amalan kebaikan ialah solat berjemaah, menghadiri ceramah, kuliah, solat-solat sunat rawatib, bacaan al-Quran, zikir kepada Allah, usrah, bangun qiamullail, bacaan al-Mathurat dan sentiasa mendampingi orang-orang soleh dan alim.



PERPADUAN KAUM

Soalan: Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu diperkukuh dan dipertahankan. Terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan perpaduan kaum di negara ini terus utuh. Bincangkan penyataan ini.

Isi-isi Penting
Individu = memiliki kesedaran
= berusaha untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain
= bergaul dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum
dan agama

Keluarga = mendidik anak-anak tentang kepentingan perpaduan antara
kaum
= berusaha untuk membentuk keluarga yang berfikiran sihat dan
rasional
= ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak agar
bergaul dengan masyarakat berbilang bangsa

Masyarakat = mengadakan kegiatan yang dapat menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum seperti gotong-royong dan hari keluarga
= bersikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain
= tidak bersikap prejudis terhadap kaum-kaum lain
= menghormati hak dan keperluan kaum-kaum lain seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan dan kontrak sosial

Kerajaan = menganjurkan kempen yang berkaitan dengan pembentukan
masyarakat yang sejahtera dan saling bertolongan
= menunaikan hak semua kaum tanpa adanya sikap pilih kasih
= menganjurkan program yang dapat disertai oleh semua kaum
= menyekat anasir-anasir dalaman dan luaran yang bertujuan untuk
memporak-perandakan masyarakat

Kebaikan Menabung Wang

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa
Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup
yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan
sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga
tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan
untuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi
kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam
tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan
menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada
masa hadapan.

Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa
depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat
penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-
buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran
kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih
lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan
menyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menara
ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin
tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yang
diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan
wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila
kita bersiap sedia lebih awal lagi.

Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan
sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes
kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang
itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah
diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli
keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan
kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah
runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita
sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum
hujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi.

Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu
dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat-
cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan
kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan
mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri
sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu
merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang
kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi
terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan
digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu
keluaga.

Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan
perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa
yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi
membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang
sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi
mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Intihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah
bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya
menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum
kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi
pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

story mory time

disable highlight

bubbles' cursor effect