Wahai akhi…

Bismillahirahmanirahim

Wahai akhi….
bila kau mencintai kami jagalah pandanganmu kepada kami
dengan menundukkan pandanganmu saat berjumpa dengan kami
karena kami takut akan siksaNya karena ketidak tahuan kami

Wahai akhi…..
bila kau mencintai kami jagalah lisanmu kepada kami
dengan tak berbicara dengan kami bila tak ada perlunya
karena kami sungguh takut akan siksaNya karena ketidak tahuan kami

Wahai akhi….
bila kau mencintai kami jagalah kami agar tetap menjaga izzah dan iffah kami
dengan menjauhkan dirimu dari kami
karena kami sangat takut akan siksaNya yang sangat pedih

Wahai akhi……
bila kau mencintai kami dengan mengatas namakan Alloh
ikutilah syari’atNya dengan baik
bila tidak tanyakanlah oleh dirimu
benarkah kau mencintai kami karena Alloh bukan karena nafsu sesaat

Wahai akhi….
bila kau benar-benar mencintai kami
khitbatlah kami dengan cara yang ma’ruf
yang dicintai Alloh dan RasulNya

Wahai akhi…
janganlah kau mengikuti nafsumu
bila kau mencintai kami karena Alloh
jauhi kami dan jangan dekati kami
bila belum halal antara kami denganmu

Wahai akhi…
janganlah kau nodai cintamu karena Alloh
dengan menatap kami dan berbicara dengan kami

Wahai akhi…
sungguh kami berharap mendapatkan seseorang yang taat kepada Alloh
seseorang yang mampu menjaga kehormatan orang yang ia cintai
seseorang yang takut akan siksaan Alloh yang sangat pedih
seseorang yang dapat menjaga izzah dan iffahnya seorang wanita

Wahai akhi…
kami meminta jauhi kami
karena telah jelas tembok pemisah
antara kami denganmu

Wahai akhi….
kami minta jauhi kami
karena kami tak butuh cinta yang dilandasi nafsu
bukan dilandasi syari’at Allah

wallahua'lam

Motivasi Sahabat

Bismillahirahmanirahim

sedikit motivasi untuk diri
Sahabat terbaik adalah dia yg selalu menasihati kita dgn ilmu agama ALLAH(SWT).
Sahabat terbaik adalah dia yg selalu mengajarkan kita akan pentingnya ilmu hadis2 Rasululullah(SAW).
Sahabat Terbaik adalah dia yg akan selalu marah bila kita berbuat dosa besar dan kecil.
Sahabat Terbaik adalah dia yg membenci kita bila kita berbuat Maksiat kpd ALLAH(SWT), dan ia akan selalu memberikan nasihat2 agar kita menjauhi dari maksiat...
JIKA BERSAHABAT..

Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya..
Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya..
Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya..
Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum..
Jangan pernah sakiti sahabatmu, kerana sahabat adalah cara Allah menunjukkan bahwa..Dia tak ingin kamu bersendirian menjalani hidup.
 sesunggunya menyayangi seseorg krn Allah ialah dgn melihatnya ke syurga Allah...maksud sini...jika benar kamu myayangi shbat kamu krn Allah..
tegurlah salahnya..betulkan silapnya..baiki kalimahnya..laranglah dia dr melakukan dosa..ingatnya bila terlupa..nasihatkannya agar x lalai..jgn memuji di hadapannya..jgn mbuka aibnya...maafkan kesalahannya...kirimkanlah tasbih doa buatnya...ukirkanlah lirik2 nasihat yg mbina rohaninya dan yg pling pnting...getarkn hatinya dgn kalimah yg mendekatkan cintanya pd Allah...
" Kawan sejati bagimu adalah orang yang setipa kali kamu bersua dengannya, selalu dia menasihati dirimu kerana Allah Ta`ala, serta mengingatkan nasib dirimu dihadapan Allah Ta`ala. Kawan seperti ini, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu, dia meletakkan dinar di telapak tanganmu ".
Jika kamu mengidamkan seorang SAHABAT SEJATI, maka BERUSAHALAH menjadi sahabat sejati kepada orang lain..InsyaAllah

Peringtn untk dri yg sring lupa .
Ingatan untuk diri & shabat blog saya juga... Wallahu a'lam.. :)
 
Ingatan untuk diri & shabat FB saya juga... Wallahu a'lam.. :)

Terjerat Oleh Cinta..


 Bismillahirahmanirahim

“Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu untuk apa hidup di dunia kalau awak meninggalkan saya..” 
Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita. Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. Kita pasti tersipu – sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”
Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta. Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa – biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik – lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut – ikut. Itulah cinta monyet.
Ok, cuba kita tanya pada diri sendiri, adakah kita sanggup ikut mati jika kekasih kita mati? kita sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kita? Harus kita ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kita putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kita.
Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan cinta.  Apatah lagi orang yang kita sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kita. Justeru, kenapa kita menjadi sangat obses kepadanya? Adakah kita merasakan kita memiliki dia secara keseluruhannya? dan kita juga merasakan diri kita miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kita, even ibubapa kita sendiri. Kau adalah milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?
Lepaskanlah diri dari jerat cinta. Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan. Kenapa kita perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi? Sungguh menyakitkan.
Cinta tidak wajar menyekat hak – hak kita sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi kenapa apabila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kita. Menentukan hala tuju kita, apa yang boleh kita buat dan tak boleh kita buat. 
Lebih parah lagi apabila seseorang yang kita anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya meyakinkan kita, dan menggantikan tempat ayah kita yang selama ini berhak mengatur hidup kita. Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kita. Aneh bukan?
Kita ada ayah yang perlu diutamakan. Kita ada keluarga yang harus dijaga kehormatan. Kekasih kita bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kita masalah dan membuatkan kita bermasalah. 
Kita ingin putus, tetapi tak berani putus. Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita. 
Persoalannya, sampai bila kita akan begini?
Cinta menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kita.  Sebaliknya, hidup kita akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan. Apakah kita boleh terlepas dari kongkongan itu?
Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya.
 Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..

nota rujukan :
1. Buku “Kerana cinta harus memilih” ( Burhan Sodiq )

wallahua'lam

Terima Kasih Sahabat

 Bismillahirahmanirahim

 Terima Kasih Sahabat
Keranamu sahabat,aku berubah....
Jika dulu aku seorang yang lalai dalam mengerjakan suruhan ALLAH, kini tak lagi.
Aku dahulukan suruhan Allah,sedikit demi sedikit aku jauhi kemungkaranNYA.
 Ini bukanlah bermakna aku seorang yang suka melanggar perintah ALLAH,cuma aku seorang yang jahil,suka melengah-lengahkan waktu solat.Dalam sehari ,solatku x mencukupi 5 waktu,hanya 1 atau 2 waktu aje. Aku bukanlah seorang yang suka berpeleseran ataupun suka merayau ke sana sini. Kehidupan aku hanyalah di rumah dan di sekolah aje. Pagi berada di sekolah manakala petang berada di rumah. Begitu juga bila musim cuti sekolah menjelang,rumahlah tempatku beristirehat. Pendek kata kebanyakkan masaku dihabiskan di rumah. Rumahku Syurgaku.
 Keranamu sahabat,aku berubah.....
 Jika dulu aku seorang yang bahagia dengan kehidupan dunia,kini tak lagi.
 Sebab ku tahu bahagia di dunia hanya sementara,akhirat jua kekal abadi.Kini kebahagiaan akhirat yang ku kejar,sedikit demi sedikit ku tinggalkan keseronokkan duniawi. Syurga ALLAH menjadi matlamatku kini.Solatku mencukupi 5 waktu sehari semalam dan disamping itu,aku alunkan irama merdu dari AL-QURAN setiap hari. Terasa damainya hati,ketenangan milikku jua. Dulu aku bahagia,kini aku lebih bahagia kerana hatiku telah ke serahkan kepada ALLAH.
 Cintaku kepadaNYA melebihi cintaku kepada diriku sendiri.Nikmatnya jatuh cinta kepada PENCIPTA,tiada tandingannya.
 Keranamu sahabat,aku berubah.....
 Jika dulu aku seorang yang gembira dengan apa yang aku miliki,kini tak lagi.
 Sebab ku tahu gembira di dunia takakan membawaku kemana-mana,aku mahu gembiraku membawa diriku hingga ke syurga ALLAH. Aku sebagai insan biasa, serba kekurangan,ku sedar semua itu. Aku terlalu hina di sisiNYA. Seringkali ku alpa dengan nikmat dunia, aku tak mampu jadi yang terbaik..Aku menangisi hidupku yang sia-sia selama ini.Aku terlalu leka dengan nikmat dunia,sehingga ku terlupa pada kekasihku yang satu.Tapi DIA tak pernah buangkan aku jauh dari sisiNYA. DIA tetap sayangkan aku sebagai hambaNYA.
 Keranamu sahabat,aku berubah....
 Terima kasih sahabat, keranamu aku berubah. Sahabat yang sentiasa memberi peringatan padaku tentang solat. Solat yang wajib di tunaikan dengan segera.Sahabat yang se ntiasa mengingatkan aku dengan amaran-amaran ALLAH.Sahabat yang sentiasa memberi nasihat untukku tanpa jemu-jemu. Sahabat yang sabar melayani kerenahku.Moga ikatan ukhwah antara kita berkekalan sepanjang hayat

 UNTUKMU SAHABAT..

 Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami....
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...
 Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong....
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.....
 Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi....
Saling kasih-mengasihi....
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai....
Biarkan ianya tersimpul.....
 Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah....
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah.....ya Allah
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
 Sahabat....
Seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku.......
Ampun dan maaf ku pohon........
 Sahabat......
Terima kasih kuucapkan.....
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu......
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku......
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku.....
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku.....
Kerana sudi melayan setiap kerenahku....
Yang entah apa-apa.....
 sahabat.....
Ketahuilah olehmu.....
Kau adalah di antara insan.....
Yang paling ku sayangi dan ku rindui.....
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.....
 Sahabat.....
Sepimu tanpa sebarang berita.....
Membuatku tertanya-tanya.....
Apakah salahku kepadamu.....
Ku sedar siapa diri ini.....
Insan yang tak punya apa-apa....
Insan yang serba kekurangan.....
 Sahabat.....
Seandainya takdir memisahkan kita.....
Ku pasrah segalanya.....
Andai itu telah tersurat.....
Maafkan aku wahai sahabat.....
Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu.....
Kini dan selamanya.....
 Sahabat.....
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu....
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup....
Moga kau beroleh kebahagiaan....
  -Artikel Iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

story mory time

disable highlight

bubbles' cursor effect