Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers =)
lepas bace tajuk je, mesti cakap dalam hati, ehh, howtt sangat ke ? sampai nak kene ngorat ? yesssss, anda, kite, dan semua memang howttt pun.. especially laaa untuk girls..
Anda pernah kena ngorat? Bila kita tengah chatting ke ? tengah berbual-bual ke ? atau ada sesetengah lelaki / perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia ? Tapi sweet-sweet talker ni dia tak cakap direct . Untuk tackle seseorang , dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah rapat .
Tetapi para wanita , harus berhati-hati ! Sebab wanita mudah terpedaya dengan mukadimah ni . Ada yang dah tau trick trick ayat lelaki yang nak mengorat dia . Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri daripada insan insan yang bermulut manis ni . Maka pada hari ni,aku akan memberi sedikit idea , bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat .
Soalan yg pertama: Hai , apa khabar ?
Jawapan 1: Sihat je ... Awak ?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim . Boleh kau bayarkan kos rawatan tak ?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau ? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni ...
Jawapan 4: Alhamdulillah . Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk . Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk . Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni .
Soalan yg kedua: Awak buat apa tu ? Busy ke ? Sori ye ganggu ...
Jawapan 1: Eh , taklah ... Saya tengah upload gambar je ... Tak busy pun .. Awak buat apa tu ?
Jawapan 2: Aku busy gila ni . Kau ni penyibuk la .
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni . Busy sikit .
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ' Kepentingan menjaga ikhtilat ( pergaulan ) sesama muslimin dan muslimat ' . Lepas baca , saya menjadi semakin insaf . Awak pun kena baca sekali tau . Nah , URL dia.
Soalan yg ketiga: Awak , nak nombor telefon boleh ?
Jawapan 1: Boleh , nah , 0123456789 . Nombor awak berapa ?
Jawapan 2: Tak boleh . Ni nombor saya . Bukan nombor awak ...
Jawapan 3: Maaflah awak ... Saya bukan penjaga kedai handphone . Saya tak jual nombor telefon .
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni , dapat meningkat pahala kau , dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan , kau ambillah . Tetapi syaratnya , time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku , kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari . Kau mampu ? kalau tak mampu , tak payah ada nombor telefon aku . ok ?
Soalan yg keempat: Awak , saya nak kawan boleh ?
Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya .
Jawapan 2: Boleh . Kat zoo banyak kawan awak .
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan ? Kalau kau cucu saya , maksudnya saya ni nenek awak . Bukan kawan .
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam . Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah - olah saya terlalu asing bagi awak , padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama . Tetapi , dalam Islam , kita ada batasan untuk berkawan . Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya . Awak boleh kawan dengan saya , tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh .
Soalan yg kelima: Awak , awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok ?
Jawapan 1: Yeke ? Ee ... mana adalah ... saya tak cantik pun ... ~
Jawapan 2: Eh , mestilah . Dah lama awak kenal saya , baru perasan ke saya ni cantik ?
Jawapan 3: Kesian . Mak kau buruk ye ?
Jawapan 4: Memang saya cantik . Semua kejadian yang Allah cipta , semuanya cantik . Allah itu maha cantik . Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah , Allah beri kelebihan kepada saya . Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya , sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya . Saya berasa sangat berdosa . Astaghfirullah !
Soalan yg keenam: Awak , awak asal mana ? Duduk kat mana ?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je ... Area Jusco .. Awak duduk mana ?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan . Saya duduk kat kerusi lah ! Takkan duduk kat awan !
Jawapan 3: Kenapa nak tau ? Nak rompak ke ?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya . Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan . Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni , awak boleh pergi ke alam lain .
Soalan yg ketujuh: Saya macam pernah jumpa awaklah . Kita pernah berjumpa ke ?
Jawapan 1: Eh ? Ada ya? Hihihihih , Saya pun tak ingatlah ... Mesti kita jumpa kat kem ke , pertandingan sekolah lama ke kan ?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram . Ada hati cakap pernah jumpa aku .
Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak aku hari tu ?
Jawapan 4: Ya , kita pernah berkumpul di alam roh , ketika kita beratur untuk masuk ke dalam rahim ibu masing-masing . Mungkin ketika itu kita terserempak . Alhamdulillah . Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak .
Soalan yg kelapan: Awak , saya nak gambar awak boleh ?
Jawapan 1: Hehehe ... Nak gambar tu buat apa ?
Jawapan 2: Tak boleh . Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel .
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya ?
Jawapan 4: Astagfirullah . Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah . Kalau nak sangat gambar saya , datang ke rumah , jumpa dengan mak ayah saya , pinanglah saya . Nanti mereka akan bagi gambar . Bukan begini caranya .
Soalan ke sembilan: Awak , jom keluar nak ?
Jawapan 1: Urm .. Bila ?
Jawapan 2: Boleh . Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye .
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang pegang aku , baik tak payah lah ajak aku keluar !
Jawapan 4: Saya tak kisah , tetapi saya perlu bawa mahram saya . Masa keluar nanti , awak tak boleh dekat dengan saya , kita tak boleh berdua-duaan dengan saya , dan tak boleh nak sentuh kulit saya . Saya akan bawa mak , ayah dan adik beradik saya ikut sama .
Soalan ke sepuluh: Awak , saya single lagi . Awak pun single kan ? Jadi ... Urm...
Jawapan 1: Saya single jugak .... Jadi apa ye awak ? hehehe ... pelik tiba tiba awak tanya ni ...
Jawapan 2: Padan muka kau ! hahahahahaha !!!
Jawapan 3: Tulah . Kau tu buruk sangat . Sebab tu takde perempuan nak lekat .
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak ? Allah ada bersama saya . Awak nak kapel dengan saya , adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya ? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya , maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah .
so, macam mane ? okehhhh kn jawapn tuh semua ? HAHA. bg aku la kan,
jawapan nombor 1 tuh lebih kepada nak jage hati dan layan org tuh.maybe mase tuh korang tengah sunyi.
jawapan nombor 2 tuh lebih kepada kurang ajar dan kurang asam. ni bagi yg takde langsung persaan kat lelaki.
jawapan nombor 3 tuh lebih kepada siottt seyhh. HAHA.
jawapn nombor 4 tuh lebih kepada islamik. jawapan macam nih yg patut kite jawab wahai perempuan perempuan sekalian.
p/s : semoga bermanfaat :)