Coretan



Untuk Bakal Suamiku..

Aku sedang mula mempersiapkan diriku dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu agar saat itu aku sudah benar2 bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri di sisimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan lelaki lain bagi menjaga perasaan malu ku agar tidak hilang dari diri ini. Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah dalam hubungan yang akan aku bina bersamamu kelak.

Baik yang berwajah tampan, berbadan sasa, caring, take care, soleh, menjaga pandangn, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku lemah takkala melihat kaum mu yang ramai di sekelilingku. Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhlukNya. Aku memerlukan dirimu untuk membimbingku ke syurgaNya. Aku risau jika hati ini mudah tertarik kepada yang bukan hak. Sukar untukku mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku. InsyaAllah.. pasti Dia akan menghadirkan yang terbaik untuk diriku.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu.Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Semoga dengan pilihan agama ini, antara kita saling redha meredhai antara satu sama lain, menerima seadanya pasangan masing-masing dan saling lengkap- melengkapi. Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai tiket yang sah untuk aku mendampingi dirimu.

Ku dambakan lelaki yang mampu menjadi imam untukku, yang menitis air mata melihat kesakitanku ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanku untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam…

>Siap..haha buat bakal suamiku boleh ambil perhatian ye.. hehe =) ( jangan salah faham.. i single lg ok!! sangat pnting untuk highlight perkataan ini.. hehe korang bukan boleh percaya.. semuanya berfikiran negetif isk3x) itu dye rahsia hatiku.. haha.. sikit2 sudah ~_^.. mana boleh share semua =)


>Setiap orang pasti ada pilihan hati masing2.. tapi ingatlah.. letakkan agama sebagai syarat yang utama.
>Saat memilih pasangan jangan terlalu mengikut nafsu, tapi fikirlah jauh ke hadapan kerana kita akan hidup bersamanya bukan untuk satu dua tiga tahun sahaja.. Tapi sepanjang hayat kita.. Dan insyaAllah sehingga ke syurgaNya.. Maka sangatlah penting mengutamakan agama dalam membuat pilihan. Fikirkan jauh ke hadapan. Fikirla bagaimana kita akan memdidik zuriat yang bakal kita lahirkan kelak, kehidupan bagaimanakah yang kita inginkan?? Rumah yang bising dengan bicara kosong, lagu2 yang membingitkan telinga atau rumah yang damai dengan suara2 lembut dan bahasa yang menyenangkan, lagu2 yang mendamaikan serta alunan ayat2 suci dan zikir yang menenangkan. Fikirlah. Fikir betul-betul. Fikir jauh kehadapan. InsyaAllah, bahagia milikmu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

story mory time

disable highlight

bubbles' cursor effect