Doa Rabhitah

Rasa rindu-rindu itu
Rasa kasih sayang itu
Rasa tanggungjawab itu
Rasa bahagia itu
Rasa syukur itu
Rasa teruja ketika itu
Rasa ikatan itu
Rasa kebersamaan itu
Rasa keserasian itu
Rasa keikhlasan hati-hati itu

Ahh,
Rasa itu buat saya jatuh cinta.. =’)

-Doa Rabhitah-

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
-berkumpul kerana mengasihiMu,
-bertemu untuk mematuhi perintahMu,
-bersatu memikul beban dakwahMu,
-hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
 Dan menyokong syari’atMu.
-maka eratkanlah ikatannya.
-Kekalkanlah kemesraan hati-hati ini.
-Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar.
-Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tiada kunjung padam.
-Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
-dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu.
-suburkan hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki.
-jika engkau takdirkan kami mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan  agamaMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan..

Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.

Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.

Maka Sabarlah Duhai Hati


Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara. 
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu. 
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk. 
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.
Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.
Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA
masih lemah. 

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya. 
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.
Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri, 
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga. 
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati. 
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.   

sumber: iluvislam.com

cinta kerana

Cinta kerana Allah,

Allah jaga hati kita.
Tidak dibenarkan syaitan masuk campur.
Pantang nak terfikirkan yang bukan-bukan tentang si dia,
Allah alihkan hati supaya memikirkan yang baik-baik.

Cinta kerana nafsu,
Asal kita terbayangkan si dia,
Asyik terbayangkan yang bukan-bukan.
Nafsu syahwat sering mengeledak.

Cinta kerana Allah,
Kita sering tenang,
Memikirkan si dia sentiasa senang dan bahagia.
Bila saja kita tahu dia dalam kesusahan,
Yang membuatkan dia tidak tenang dan bahagia,
Kita terus teringatkan Allah,
Kita ingat untuk berdoa kepada Allah,
Agar dia sentiasa damai dan sejahtera,
Agar dia diberi ketenangan jiwa.

Cinta kerana nafsu,
Kita acap kali resah,
Dan kita sering membayangkan dia juga resah tanpa kita,
Macam-macam menerpa ke dalam fikiran,
Kita selalu inginkan dia bersama kita,
Bernafsu betul.

Cinta kerana Allah,
Setiap kali kita teringatkan dia,
Kita juga teringatkan keluarganya.
Demi kebahagian kita dan dia,
Kita doakan dia sentiasa bahagia di samping keluarga,

Cinta kerana nafsu,
Hanya si dia di fikiran,
Kita sering terlintas dia hanya bahagia bersama kita,
Tanpa kita sedari bahawa keluarganya ada di sisi dia.

Cinta kerana Allah,
Berjauhan tidak mengapa,
Mungkin sesekali kita ingin menatap wajah si dia,
Namun, memandang gambar si dia dah mencukupi,
Meskipun gambar dia bersama kawan-kawannya.
Sebab cinta tu kerana Allah,
Kita rasa sayang nak pandang dia,
Usahkan lama-lama, kejap pun rasa segan,
Takut di masa depan,
Dah tiada apa nak dipandang.

Cinta kerana nafsu,
Jika berjauhan, rasa ingin dekat,
Jika dekat, rasa ingin tatap,
Tatap saja tak jadi, ingin sentuh.
Selalu ingin bersama dia sahaja,
Tak ingin ada gangguan.
Mungkin kita terlintas,
Kita tak buat apa-apa,
Bukan buat maksiat,
Tapi, tak sah kalau tak sentuh,
Kalau tak pegang dia.

Cinta kerana Allah,
Bila kita mesej si dia,
Dan dia tak balas mesej kita,
Kita ingat dia mungkin tengah susah hati.
Kita cuba bagi semangat kat si dia,
Insya-Allah, Allah mesti tolong.
Kadang-kadang, dia buntu,
Tak tahu nak buat apa.
Allah Maha Mengetahui,
Terus kita teringat Allah,
Kita doa semoga dia sentiasa diberkati selalu,
Berharap semoga dia tenang selalu.

Cinta kerana nafsu,
Bila si dia tak balas mesej kita,
Kita merajuk, kononnya.
Kadang-kadang kita mengungkit,
Kita kata, asyik kita je yang mesej dia dulu,
Dia tak pernah mesej dia.
Bila dia tak mesej dengan kita,
Mula la,
Dia dah tak sayang kita la,
Dia dah lupa kita la.

Cinta kerana Allah,
Kalau kita dapat mesej dengan dia,
Atau dapat jumpa dia,
Kita sangat sensitif,
Setiap reaksi si dia amat penting bagi kita.
Kita akan sentiasa beringat,
Kalau-kalau kita tersinggung hati dia,
Kita tak nak sebab kita, dia jadi tak senang,
Apa lagi kita mengganggu dia masa dia sakit.

Cinta kerana nafsu,
Kita memang sensitif,
Asal si dia tak ikut kata kita je,
Kita merajuk.
Minta dia pujuk.
Selalu juga kita ganggu dia,
Masa dia tidur,
Masa dia sakit,
Ada kita kisah?
Nafsu nakkan dia punya pasal,
Kita tak fikir pasal dia.

Cinta kerana Allah,
Kita hormati privasi si dia.
Kadang-kadang mood dia tak baik,
Dan dia ingin bersendirian,
Kita hormati permintaan dia,
Kita biarkan dia bersendirian seketika.
Bukan kita tak nak pujuk,
Kita cuba juga pujuk,
Tapi kita yakin, Allah kan ada.
Kita kan terus berdoa,
Semoga Allah kan selalu membantu dia,
Memberi ketenangan dan kesenangan kepada dia.

Cinta kerana nafsu,
Mana boleh biar je dia sorang-sorang,
Mesti ada kita.
Orang lain mana boleh tenangkan dia,
Kita jer...
Kan kita dan dia saling sayang-menyayangi...

Cinta kerana Allah,
Kita sedar hidup ini bukan selalu bahagia,
Kadang-kadang, kita ada buat silap,
Secara sengaja mahupun tak sengaja,
Yang membuat si dia terguris,
Kita minta maaf daripada dia,
Kita mohon ampun daripada Allah swt.
Kesilapan yang kita buat,
Mungkin bukan kesalahan besar.
Tapi, kita sedar,
Yang kita telah menyakiti hati seorang hamba Allah,
Sebab tu kita pohon keampunan Allah,
Selain minta maaf daripada si dia,

Cinta kerana nafsu,
Bila dia merajuk,
Kita tak rasa dia merajuk sebab kita.
Tapi, kita pujuk juga,
Sebab kita nak dia selalu di samping kita,
Untuk buat kita gembira,
Kita rasa, kalau dia terus sedih,
Siapa nak hiburkan kita lagi...
Tapi, kalau dia terus merajuk,
Kita tak pujuk dah...
Lantak dia la...
Sebab kita rasa kita boleh cari yang lain.
Yang lebih baik dari dia.
Macam tu ke makna sayangkan si dia?

Sekiranya kita percaya dan yakin cinta kita itu cinta kerana Allah,
Kita akan rela melepaskan dia pergi,
Kita juga sanggup berpisah dengan dia,
Buat sementara.
Kerana kita yakin,
Selagi Allah bersama kita,
Juga bersama dia,
Rindu kita kan terubat.
Kita dan dia kan bahagia.
Di bawah redha Allah Yang Esa.

Namun,
Sekiranya cinta kita adalah cinta kerana nafsu,
Kita takkan merasa senang untuk berjauhan dengan dia,
Walaupun seketika.
Kerana kita selalu inginkan dia.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika telah tiba waktunya ku bertemu jodohku dari-Mu, berilah petunjuk-Mu kepada ku. Berkatilah aku dan dia serta panjangkanlah jodoh antara kami berdua supaya kami dapat bahagia di bawah redha-Mu. InsyaAllah, kan ku jaga dia dengan baik.

Bertanya Tentang Cinta


Aku bertanya pada alam semesta tentang erti CINTA,

lalu satu demi satu mereka menjawab…
 
Bumi menjawab:
“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang dipijak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Cinta hanya memberi, dan itu sajalah keinginannya.”
 
Air menjawab:
“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan
 
Api menjawab:
“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”
 
Angin menjawab:
“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang kata, ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak kelihatan, tetapi tanpanya segala jiwa akan hampa.”
 
Langit menjawab:
“CINTA adalah keluasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu
 
Matahari menjawab:
“CINTA adalah hidup untuk memberi tenaga kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan jemu memberi sampai ia padam dan mati.”
 
Pohon menjawab:
“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia ikhlas sehingga tak perlu dilihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar batang tetap kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah.”
 
Gunung menjawab:
“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”
 
Akhir sekali, Aku bertanya pada CINTA itu sendiri:
“Wahai CINTA, apakah sebenarnya erti dirimu?”
 
CINTA menjawab:
“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meskipun engkau tidak melihatNya. Engkau tidak menciumNya atau merabaNya, tetapi engkau patuh kerana engkau merasa akan hadirNya. Sebab CINTA bukan indera, tetapi adalah rasa.”
 
“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Dia meninggalkanmu. Takut jika Dia tidak menyukaimu lagi. Hingga engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”
 
“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan kepadaNya tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi hambaNya, yang engkau hidup untukNya dan mati untuk RedhaNya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai hamba.”
 
“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain kepadaNya. Engkau rindu akan hadirNya dan melihatNya. Engkau suka apa yang Dia sukai dan benci apa yang dia benci, engkau merasakan segala ada padaNya dan segala atas namaNya.”
 
Aku bertanya lagi pada CINTA:
“Dapatkah aku merasakannya?”
 
Sambil berlari CINTA menjawab:
“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia berikan, maka itu semua akan engkau rasakan, percayalah padaku….”
 
Aku pun Berteriak, “Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…!”

khutbah cinta

Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita mempertingkatkan rasa gerun, takut dan waspada kita kepada Allah s.w.t. Juga, marilah kita mempertingkatkan rasa kehambaan dan kecintaan kita kepada Allah s.w.t., Tuhan, Rabbul Alamin.

Firman Allah s.w.t (surah al-Baqarah: 165):
Maksudnya: “Ada di antara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah.”

Sidang Jumaat sekalian,

Dunia kita hari ini dipenuhi dengan propaganda cinta manusia. Kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah cinta melalui drama, filem, teater mahupun cerpen dan novel-novel. Ini termasuk lagu-lagu yang sebahagian besarnya membawa tema-tema cinta antara dua manusia, lelaki dan wanita.

Lebih malang lagi, sebahagian besar lagu-lagu itu memainkan emosi dan ilusi manusia-manusia yang kecewa dan gagal dalam cinta. Tidak ketinggalan, nasyid-nasyid kontemporari juga terikut rentak mendendangkan tema-tema cinta, meskipun disertai ingatan tentang batasan syariat.

Hasilnya, masyarakat kita hari ini, khususnya golongan remaja sangat mengagungkan cinta. Mereka menjadikan sebahagian besar dari masa mereka untuk cinta. Sehingga lahirlah ungkapan-ungkapan seperti “cinta itu suci”, “perjuangan cinta”, “cinta yang sedang diuji” “cinta anugerah Tuhan”, “dugaan cinta” dan sebagainya.

Fenomena ini turut menyebabkan setengah golongan yang tidak dapat mengawal emosinya di dalam cinta sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Tidakkah kita merasa pelik, ada orang yang tidak lalu makan dan minum kerana cinta?

Adakah wajar, seorang remaja ponteng sekolah hanya kerana kecewa dalam cinta? Bagi setengah golongan pula, mereka mendapat motivasi untuk belajar, bekerja mahupun berjuang dari hubungan cinta dengan manusia yang berlainan jantina.

Sidang Jumaat sekalian,

Islam tidak menyekat atau menghalang cinta sesama manusia. Namun al-Quran menjelaskan kedudukan cinta antara dua manusia berlainan jantina tidak lebih dari sebagai ujian. Cinta itu adalah ujian dari Allah s.w.t. untuk melihat di kalangan hamba-Nya, siapakah yang berjaya mengawal dirinya, tidak musnah menjadi korban cinta.

Firman Allah s.w.t (surah Ali Imran, ayat 14):
Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Oleh itu, seorang muslim tidak sewajarnya tenggelam dalam cinta nafsu sehingga mengabaikan tanggungjawab atau melanggar batas-batas syariat. Sebaiknya, mereka perlu menghindari cinta yang hanya membuang masa, lalai dalam keindahan dunia yang sementara.

Firman Allah s.w.t (surah Ali Imran, ayat 15):
Maksudnya: “Katakanlah: “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga isteri-isteri yang suci bersih, serta keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.”

Hadis Rasulullah s.a.w. pula menjelaskan kepada kita hakikat ujian cinta. Sabda baginda
“Kasihilah orang engkau kasihi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti. Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti. (Hadis riwayat al-Tirmidzi. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan hadis ini gharib yakni dhaif).

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab, ayat 4:
Maksudnya: “Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu “zihar” kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.”

Ini bererti, segala ungkapan yang sering disebut dalam lamunan cinta hanyalah rekaan manusia semata-mata. Ia bukanlah suatu perkara benar selain cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Ungkapan “cinta itu suci” adalah tidak benar kerana cinta sepasang kekasih sering dicemari maksiat. Tidak ada “perjuangan cinta”, kerana perjuangan manusia sering terhalang kerana cinta.

Kata-kata sepasang kekasih “cinta kita sedang diuji” adalah tidak benar; kerana sebenarnya, mereka yang sedang diuji Tuhan dengan perasaan cinta. Demikian juga, tidak ada “dugaan cinta”. Apa yang ada adalah rasa cinta yang sedang menduga keimanan manusia.

Sidang Jumaat sekalian,

Cinta naluri seperti dinyatakan dalam ayat al-Quran tadi, tidak mempunyai nilai di sisi Allah s.w.t. Cinta kepada wanita (atau wanita kepada lelaki), cintakan anak, harta, kenderaan, ternakan dan ladang pertanian adalah cinta naluri yang menjadi hiasan dalam kehidupan..

Cinta yang mendapat pahala dan ganjaran dari Allah adalah cinta yang dibina dan dipupuk. Cinta manusia kepada Tuhannya tidak lahir secara semulajadi. Ia perlu dipupuk melalui ketaatan, zikir dan pengorbanan. Apabila manusia mengorbankan perasaan dan kepentingan dirinya semata-mata untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., dia akan merasai kemanisan iman kepada Allah s.w.t. Cinta akan bertambah kepada Allah s.w.t. dan rasul-Nya, s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: “Ada tiga perkara. Siapa yang memilikinya akan merasai kemanisan iman. 1. Apabila Allah s.w.t. dan rasul-Nya lebih dikasihi dari selain keduanya. 2. Apabila dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah s.w.t. 3. Apabila dia merasa benci untuk kembali menjadi kufur, seperti bencinya dia dicampak ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah s.a.w. sendiri menunjukkan contoh yang tepat, apabila baginda mengenepikan cintanya kepada manusia kerana mendahulukan cinta kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
.Maksudnya: “Kalaulah aku boleh menjadikan sesiapa sebagai kekasihku, nescaya aku pilih Abu Bakar sebagai kekasih. Namun, di adalah saudaraku dan sahabatku. Dan Allah telah (lebih dahulu) menjadikan aku sebagai kekasih-Nya.” (Riwayat Muslim).

Firman Allah s.w.t:
 Maksudnya: “Sedangkan orang-orang yang beriman sangat dalam cintanya kepada Allah.”
.sekian. wassalam
nota kaki : peliharalah cinta mengikut landasan yang Allah beri

h@t! !n!

 
cinta yang ku berikan padamu begitu besar .
cinta yang ku berikan padmu tulus dari hati ku yang terdalam .
aku tak meminta apa-apa darimu .
yang aku ingin kan dan aku pinta dari mu yaitu 1: cinta yang sama yang ku berikan pada mu .
yang aku ingin kan dari mu hanya cinta dan sampai kapan pun aku ingin kan cinta yang tulus dari mu dan kasih...... sayang yang tak mati dari mu .
perhatian, pengertian, pengorbanan dan kesetian tlah ku berikan padamu .
dan sekarang aku inginkan kau membalas semua itu dengan apa yang aku inginkan .
aku tak ingin cinta yang kau berikan padaku cinta yang palsu dan hanya akan membuat hati ini terluka 
hati ini telah berhasil kau rebut.
jiwa ini tlah berhasil kau kau dapatkan .
dan raga ini tlah kau miliki seutuh nya .
tapi aku tak yakin bila hati mu tlah aku miliki seutuh nya .
tapi aku akan terus meyakin kan mu bahwa aku
......adalah orang yang yang di berikan kesempatan untuk menjaga mu dan menjadi cinta mu
untuk selamanya .............
jadi aku mohon tetaplah dan jadilah kamu cinta sejatiku untuk selamanya dan menemaniku di sisa hidupku ,
hadapi hidup dengan senyuman .
jadikan masalah hidup sebagai rintangan .
walau badai menerpa hadapi semua dengan hati yang ikhlas .
walau angin selalu menghempaskan kita hadapi dengan kesabaran .
walau ombak menghamtam kita hadapi dengan hati yang tabah dan tegar .
dan jadikan hidup ini lebih indah dengan hadir nya cinta di hati ini .
 

Coretan



Untuk Bakal Suamiku..

Aku sedang mula mempersiapkan diriku dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu agar saat itu aku sudah benar2 bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri di sisimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan lelaki lain bagi menjaga perasaan malu ku agar tidak hilang dari diri ini. Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah dalam hubungan yang akan aku bina bersamamu kelak.

Baik yang berwajah tampan, berbadan sasa, caring, take care, soleh, menjaga pandangn, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku lemah takkala melihat kaum mu yang ramai di sekelilingku. Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhlukNya. Aku memerlukan dirimu untuk membimbingku ke syurgaNya. Aku risau jika hati ini mudah tertarik kepada yang bukan hak. Sukar untukku mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku. InsyaAllah.. pasti Dia akan menghadirkan yang terbaik untuk diriku.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu.Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Semoga dengan pilihan agama ini, antara kita saling redha meredhai antara satu sama lain, menerima seadanya pasangan masing-masing dan saling lengkap- melengkapi. Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai tiket yang sah untuk aku mendampingi dirimu.

Ku dambakan lelaki yang mampu menjadi imam untukku, yang menitis air mata melihat kesakitanku ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanku untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam…

>Siap..haha buat bakal suamiku boleh ambil perhatian ye.. hehe =) ( jangan salah faham.. i single lg ok!! sangat pnting untuk highlight perkataan ini.. hehe korang bukan boleh percaya.. semuanya berfikiran negetif isk3x) itu dye rahsia hatiku.. haha.. sikit2 sudah ~_^.. mana boleh share semua =)


>Setiap orang pasti ada pilihan hati masing2.. tapi ingatlah.. letakkan agama sebagai syarat yang utama.
>Saat memilih pasangan jangan terlalu mengikut nafsu, tapi fikirlah jauh ke hadapan kerana kita akan hidup bersamanya bukan untuk satu dua tiga tahun sahaja.. Tapi sepanjang hayat kita.. Dan insyaAllah sehingga ke syurgaNya.. Maka sangatlah penting mengutamakan agama dalam membuat pilihan. Fikirkan jauh ke hadapan. Fikirla bagaimana kita akan memdidik zuriat yang bakal kita lahirkan kelak, kehidupan bagaimanakah yang kita inginkan?? Rumah yang bising dengan bicara kosong, lagu2 yang membingitkan telinga atau rumah yang damai dengan suara2 lembut dan bahasa yang menyenangkan, lagu2 yang mendamaikan serta alunan ayat2 suci dan zikir yang menenangkan. Fikirlah. Fikir betul-betul. Fikir jauh kehadapan. InsyaAllah, bahagia milikmu...

Nota Cinta


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”,getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari  berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”,bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”,tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar  telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak  berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar  terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”,syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. [B]Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”,doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

:: Seberapa Pantas Kau untuk Ku Nantikan, akhi? ::


Bismillahirrahmanirrahim..

 
Akhi..Penantian panjang untuk menunggu akan aku lewati hanya untukmu, meski seribu kebimbangan menghantuiku, meski ribuan keraguan menjelma atas janjimu.

Aku hanya takut, benarkah kau pantas untuk ku nanti?

Akhi..Ku sembunyikan hati ini untuk memilih menantimu karena ku tahu aku sangat mencintaimu. Namun bukan berarti cinta ini mampu membutakanku agar aku menerima ketikdak pastian.

Aku hanya tak tahu, benarkah kau pantas untuk ku nanti?

Akhi..Senyumku ini akan ku leburkan bersama dakwah bersama pendamping yang mampu menuntunku pada Illahi. Bagaimana aku sanggup untuk tahu bahwa kau adalah seorang yang tepat untukku, sedangkan kau sendiri pun tak tahu.

Berilah aku jawaban, benarkah kau pantas untuk ku nanti?

Akhi..Bersamamu ku sadari hati ini ingin menetap, hingga waktu memberiku jawaban bahwa kau adalah pemilik hati ini. Namun sadarilah, bila aku harus tetap menanti sedangkan kau pun tak tahu sampai kapan aku harus menanti, hati terus mengusik kesadaranku.

Maka pastikanlah jawabanmu, benarkah kau pantas ku nanti?

Bila kau memang pantas aku nantikan, ijinkan aku memintamu untuk segera meminang ku dalam kesendirian. Jangan biarkan aku dalam ragu, yakinkanlah hatiku.

Bila kau memang pantas aku nantikan, segera palingkan aku dalam kepahitan janji. Besegeralah datangi kedua orang tuaku, jangan kau terus biarkan aku menanti dengan alasan-alasan yang tak pernah aku mengerti.

Bila kau memang pantas aku nantikan, biarkan cinta yang ada di hatimu tersimpan rapat sebelum kau halalkan aku. Jangan kau impikan aku dengan cintamu.

***

Harapan yang diberikan kadang memang lebih besar daripada apa yang mampu dijalani, apalagi bila kekasih hati pujaan jiwa yang memberikan. Atas nama cinta, seribu tahun pun mau menanti asal bisa dimiliki sang kekasih.

Aduh ukhti..sadarilah, sudah beberapa kali saya membuat sebuah torehan tentang mirisnya hati ini bila masih ada seorang muslimah yang mau menanggung ketidakpastian. Semua hanya atas dasar cinta bersulam janji.

Baru diberi SmS rayuan, chat gombal, pesan yang melayang-layangkan hati, kamu sudah mau meruntuhkan izzahmu, kehormatanmu yang kamu selalu gadang-gadangkan. Tapi dihadapan ikhwan genit yang suka mengobral janji, kamu sudah tertunduk mengangguk.

Ukhti fillah, jagalah hatimu karena syetan selalu mengintai hidupmu. Bukankah saya sudah sering torehkan dalam tulisan sebelumnya, bila memang ada seorang ikhwan yang serius padamu, dia tidak akan mampu mengumbar cintanya padamu. Justru dia akan menjaga cintanya dan cintamu sampai kamu halal baginya.

Kalaupun ikhwan itu belum sanggup meminangmu, dia tidak akan mengobral janji-janji yang membuatmu terhanyut. Yakinlah ukhti, Allah Azza Wa Jalla tak akan membiarkanmu dalam kesendirian, jadi sadarilah, dia akan datang di saat yang tepat untukmu.

Namun sebelum dia datang dan pada akhirnya kamu tautkan cinta dan pengabdianmu padanya, jagalah hatimu untuknya agar dia menjaga hatinya untukmu. Jagalah kehormatanmu agar dia pun menjaga kehormatannya sampai kalian dipertemukan kelak. Insyaallah dalam naungan yang bernama pernikahan.



Wallahu a’lam bish shawwab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

story mory time

disable highlight

bubbles' cursor effect